Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan
salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu
mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan
mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang
dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian
Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo
oleh seorang penari wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini
merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam,
Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta
atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
Latar belakang dan sejarah Tarian
Bharata Natyam
Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun
dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan berbagai jenis tarian
suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya
tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata
Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian
itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba
Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat
asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM
(tarian) = Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil
Naidu di bahagian Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India.
Ini adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di
candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu.
Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling banyak diamalkan di
Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic
menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik
dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata
Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia
adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air,
dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli
menyerupai gerakan api.
Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu
kala iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan
tubuh manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada
gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang
penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini
melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi
harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi
rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar
penari Bharata Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum
begitu, tarian gaya Natya Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk
meninggikan rohani para penonton. Bharata Natyam adalah tarian yang
dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita
yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama
konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan
menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah
hilang ditelan zaman.
E. Krishna Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan
status sosial Bharata Natyam dan mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula
menarik perhatian Barat pada Bharata Natyam. Setelah belajar Bharata Natyam
selama tiga tahun, pada tahun 1936 Rukmini Devi Arundale mendirikan sekolah
Kalakshetra luar kota Madras untuk mengajar dan untuk mempromosikan muzik dan
seni India. Dia salah satu guru yang pertama memberi arahan kepada beberapa
orang lelaki untuk mempersembahkan tarian Bharata Natyam. Pada waktu itu,
tarian ini secara khususnya dilakukan oleh perempuan, sedangkan lelaki, disebut
Nattuvanars, hanya pernah mengajar Bharata Natyam tanpa benar-benar
melakukannya.
Cara Bharata Natyam ditarikan
Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang menunjukkan
dengan jelas oleh metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya
tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam
merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk
menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan
tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan
kegemilangan.
Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara
solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian
ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam,
Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta
atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus
mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar,
berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.
Menurut Abhinayadarpanam (dokumen yang sangat berkuasa
berkaitan Bharata Natyam), seorang penari profesional Bharata Natyam harus
mempunyai sepuluh sifat utama iaitu: Javaha (Ketangkasan), Sthirathvam
(Kemantapan), rekha (bentuk badan yang cantik), Bhramari (keseimbangan dalam
pusingan), Drishti (pandangan mata), Shramaha (kerajinan), Medha
(kebijaksanaan), Shraddha (kesetiaan), Vacho (pertuturan yang baik), dan Geetam
(kemampuan bernyanyi).
Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang
berasal daripada campuran dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa
makna perasaan) & nritya (tarian yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam
berasal daripada perbezaan yang banyak antara unsur-unsur yang digunakan.
Nritta merangkumi adavus, yang merupakan tarian asas Bharata Natyam. Setiap
adavu mempunyai 3 elemen penting iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan
kaki (chari) dan pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).
Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian
asli tidak menutupi sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman
pertengahan, amalan dan kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai
pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat membatasi gerakan penari. Ada
beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang tidak membatasi gerakan penari,
manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat simbolik, kerana
tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.
Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic
gaya India Selatan. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan
instrumen iaitu mridangam (drum), nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk
yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola dan veena (alat muzik dengan
tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek yang berkait
dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit
biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.
Biasanya perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman
sekarang termasuk:
·
Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu
Ganesh, yang menghilangkan halangan.
·
Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan
ringkas oleh penari. Ini adalah seruan kepada tuhan untuk memberkati
persembahan.
·
Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur
rentak. Di sini penari menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan
gerak-geri tubuh yang sopan.
·
Shabdam – Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang
bersifat kebaktian atau tema cinta kasih.
·
Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian
persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit.
Posisi tangan dan tubuh mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk
kasih sayang.
·
Padam – Bahagian persembahan yang paling beremosi dimana
penari meluahkan beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih
ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi kekasih.
·
Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen
(nritta), dimana kemahiran luar biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki
yang kompleks dan pergerakan penari yang menawan.
·
Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan
Shiva dan salah satu perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan
lambat byapti.
Selain perkara-perkara ini yang agak modern, terdapat
perkara yang dahulu kala seperti Kautuvam, Koothu, Shlokam, Swarajathi, dan
Krithi. Persembahan disimpulkan dengan lagu daripada beberapa ayat-ayat agama
sebagai satu bentuk ucapan syukur. Gaya tertentu mempunyai perkara-perkara yang
lebih maju, seperti Tharanga Nritham dan Suddha Nritham. Apabila seorang penari
telah menguasai semua elemen tarian Bharata Natyam, semasa persembahan, dia
biasanya mempersembahkan Arangetram (debut).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar